HAMY EMPIRE
(CT0149356-M)
No 12, Jalan 5A/7, Seksyen 5,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 014 595 5822 | Email : hamyempire@gmail.com
PERJANJIAN SEWAAN PERALATAN KAMERA, LENSA & AKSESORI
TERMA & SYARAT UTAMA
Penyewa bertanggungjawab menjaga peralatan sepanjang tempoh sewaan.
Segala kerosakan, kehilangan atau kecurian adalah tanggungjawab penyewa sepenuhnya dan akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut nilai pasaran semasa.
Deposit keselamatan (RM100.00) akan dipulangkan selepas pemeriksaan peralatan dilakukan dan disahkan dalam keadaan baik.
Penyewa tidak dibenarkan meminda, membaiki, atau menukar sebarang bahagian peralatan tanpa kebenaran bertulis dari HAMY EMPIRE.
HAMY EMPIRE tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak langsung (contoh: kehilangan data rakaman) yang timbul sepanjang penggunaan peralatan.
Pembatalan tempahan kurang daripada 72 jam sebelum tarikh sewaan akan menyebabkan deposit tempahan hangus.
Penyewa bersetuju menggunakan peralatan hanya untuk tujuan yang sah dan tidak melanggar undang-undang Malaysia.
BAYARAN DAN YURAN
Bayaran penuh bagi yuran sewaan mesti dibuat sebelum atau semasa pengambilan/penghantaran peralatan.
Bayaran separuh daripada yuran sewaan mesti dibuat bersama dengan deposit keselamatan sekiranya tempoh sewaan adalah 5 hari atau lebih.
Deposit keselamatan (RM100) akan dipulangkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pemeriksaan, dengan syarat tiada kerosakan atau kehilangan berlaku.
Pulangan lewat akan dikenakan denda tambahan RM10 sejam.
PENJAGAAN PERALATAN DAN TANGGUNGJAWAB
Penyewa mesti memulangkan peralatan dalam keadaan yang sama seperti diterima (kecuali haus biasa akibat penggunaan normal).
Kerosakan atau kehilangan akan ditolak daripada deposit keselamatan. Sekiranya kos melebihi RM100, penyewa bertanggungjawab membayar jumlah penuh.
Kecurian atau kerosakan besar mesti dilaporkan segera bersama laporan polis.
PEMBATALAN & PEMULANGAN BAYARAN
Pembatalan yang dibuat kurang daripada 72 jam sebelum tarikh mula sewaan akan menyebabkan deposit keselamatan dan yuran sewaan hangus.
Caj penghantaran (jika berkenaan) tidak akan dipulangkan.
PENGGUNAAN YANG DILARANG
Peralatan tidak dibenarkan digunakan untuk:
Aktiviti yang menyalahi undang-undang
Disewa semula atau digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran
Keadaan ekstrem (contohnya: di bawah air tanpa perumah kalis air yang sesuai)
PEMERIKSAAN & PERTIKAIAN
Kedua-dua pihak mesti memeriksa peralatan bersama-sama semasa pengambilan dan pemulangan.
Sebarang pertikaian mesti diselesaikan melalui mediasi di Seri Kembangan, Selangor.
PENGAKUAN & PERSETUJUAN
Dengan bersetuju dan menhantar borang tempahan, bermakna pihak penyewa bersetuju sepenuhnya dengan perjanjian ini, pihak penyewa mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan.

